Wednesday, March 23, 2016

DSAI adalah mangsa segala fitnah sejak bertahun2..pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan kepada beliau..kini pemfitnah2 semakin terbongkar tembelang mereka.. ANWAR TARIK BALIK SAMAN RM100 JUTA SELEPAS NALLAKARUPPAN DAKWA MEDIA PUTARBELITKAN KATA KATANYA Bekas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim tarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Bersatu India Malaysia S Nallakaruppan Anwar, yang mewakili dirinya sendiri, berkata dia bersetuju untuk menarik diri selepas Nallakaruppan menafikan membuat kenyataan kontroversi itu , dengan mendakwa bahawa kata-kata beliau telah diputarbelitkan oleh media. Anwar juga berkata beliau gembira kerana dakwaan bahawa beliau adalah pengkhianat seperti afidavit oleh Penolong Pesuruhjaya Kanan Musa Hassan telah dinafikan oleh Nallakaruppan. Terdahulu, ketika disoal Anwar (mewakili diri sendiri), Nallakaruppan berkata 30 anggota polis menyerbu rumahnya pada 31 Julai, 1998 dan merampas pelbagai barangan. Anwar secara berseloroh menyoal mengapa ini berlaku sedangkan "awak bukan pengganas IS”. Nallakaruppan berkata polis mahu mencari bukti bahawa beliau telah meminta maklumat daripada Timbalan Perdana Menteri (Anwar) untuk diberikan kepada kerajaan asing. Anwar: Adakah dakwaan ini benar? Nallakaruppan: Tidak, ini tak benar kerana saya tidak mahu kaitkan rakan saya (Anwar) kerana saya juga diugut untuk membuat pengakuan ini atau saya akan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Untuk ini, saya ditahan selama 38 hari. Anwar: Apa yang berlaku sepanjang 38 hari tahanan? Nallakaruppan: Polis cuba paksa saya untuk tandatangani kenyataan kosong dan mahu saya mengakui bahawa saya bertindak untuk negara asing dan Anwar menyediakan saya dengan maklumat. Anwar tidak memberikan apa-apa maklumat dan saya enggan buat kenyataan palsu atau menandatangani dokumen kosong itu. Anwar kemudiannya mencelah "awak seorang yang sangat berani" dan ini diikuti gelak ketawa di dalam bilik mahkamah. Anwar: Adakah awak sedar ada satu afidavit oleh SAC II tan Sri Musa Hassan yang kemudiannya menjadi ketua polis negara yang mendakwa bahawa awak (Nallakaruppan) memberi saya RM60 juta. Nallakaruppan: Saya tidak tahu. Mereka ugut saya dengan ISA, (tetapi) saya tak berganjak untuk kaitkan Anwar. Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
KEKUATAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR ADALAH PERPADUAN Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor. Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab. Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ianya bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara. Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat. Kepada sekalian Bangsa Johor. Sultan anda dan Kerabat Diraja Johor menyayangi anda. Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya. Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini. Kekuatan Kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor. Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya. ALLAH Peliharakan Sultan dan Negeri Johor Darul Ta'zim dan semoga ALLAH memberkati negara Malaysia. DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Selepas Mahathir Saman Najib, TMJ Imbau Kenangan Duka 1992 Di Bawah Pentadbiran Mahathir. Pagi tadi Mahathir saman Najib.Butiran saman ;Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman… AMENO WORLD