Pada masa dahulu memanglah penduduk disesuatu tempat mengamalkan sesuatu mazhab dan tak dapat menerima mazhab yang lain. Guru-guru pun mengajar cuma satu mazhab sahaja dan mereka tidak tahu mazhab yang lain. Ini menjadikan ilmu ugama itu seolah-olah tersekat dan masing-masing berusaha menegakkan mazhab mereka. Pekara ini telah diselesaikan dengan membuat perbandingan mazhab dan didapati cuma terdapat perbezaan yang kecil sahaja yang melibatkan cabang-cabang sahaja tetapi pekara pokok masih sama dan dalam lengkongan sunnah wal jamaah.
Pada zaman dunia tanpa sempadan ini , sempadan-sempadan daerah itu menjadi longgar
Wednesday, November 4, 2009
Saturday, October 24, 2009
N31 BAGAN PINANG BN MENANG BESAR
Isa Samad berjaya memenangi hati pengundi.
UMNO kalah dalam memerangi politik wang.
Orang Bagan Pinang menunjukkan simpati kepada Isa yang mereka sayangi yang pada masa sekarang mungkin telah sepatutnya menjadi TPM, kalau tidak ada orang yang telah menjatuhkannya dengan politik wang.
UMNO kalah dalam memerangi politik wang.
Orang Bagan Pinang menunjukkan simpati kepada Isa yang mereka sayangi yang pada masa sekarang mungkin telah sepatutnya menjadi TPM, kalau tidak ada orang yang telah menjatuhkannya dengan politik wang.
Thursday, October 1, 2009
GEMPA DIPADANG INDONESIA
Setelah dituduh sebagai Maling atau pencuri hasil budaya Indonesia, rakyat Malaysia tampil kedepan mendahului orang lain membantu mangsa-mangsa gempa bumi . Itulah budaya orang Malingsia yang patut dicuri oleh orang Indonesia. Orang Malingsia juga mempunyai budaya melancong dan membeli belah dan melabur di Indonesia.
CALUN BN ISA SAMAD
Isa Samad diterma sebagai calun BN N31 Bagan Pinang.Dia sebagai Ketua Bahagian Teluk Kemang dan penduduk setempat Bagan Pinang memanglah orang yang paling layak untuk memikul tanggung jawab untuk memenangkan BN. Semua orang terkedu termasuk Tun Mahadzir Mohamad. Memanglah dia yang dinanti-nanti oleh penduduk setempat, orang lain apa tahu. Penduduk setempat lebih mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak benar, yang mana yang tulin dan yang mana yang palsu. Tak kanlah adik beradik dan sahabat handai dia sanggup melihat dia kecundang. Tak kanlah budi dan wang ringgit yang telah ditabur selama ini tidak dikenang dan dihargai sejak berpuluh tahun yang lalu, dan malah dia sebagai MB telah banyak berjasa kepada mereka.
Politik wang, itu darah daging orang politik. Kalau tak ada wang ,siapa mahu buat kerja, lebih baik duduk dirumah dan buat kerja masing. Politik wang itu nadi penggerak politik. Politik cari makan, kalau tak bergerak tak makan. Kalau dulu-dulu politik perjuangan, sanggup berkurban apa sahaja ,wang ringgit dan harta benda, masa dan juga tenaga, demi menegakkan sebuah perjuangan. Tetapi sekarang manalah ada itu semua. Yang ada cumalah perjuangan untuk mencari sesuap nasi, perjuangan periok nasi.
Politik wang, itu darah daging orang politik. Kalau tak ada wang ,siapa mahu buat kerja, lebih baik duduk dirumah dan buat kerja masing. Politik wang itu nadi penggerak politik. Politik cari makan, kalau tak bergerak tak makan. Kalau dulu-dulu politik perjuangan, sanggup berkurban apa sahaja ,wang ringgit dan harta benda, masa dan juga tenaga, demi menegakkan sebuah perjuangan. Tetapi sekarang manalah ada itu semua. Yang ada cumalah perjuangan untuk mencari sesuap nasi, perjuangan periok nasi.
Sunday, September 20, 2009
NAJIB DAN MAHYUDIN TIADA GEMA
Najib dan Mahyudin tiada bergema keseluruh negara. Gema mereka tak sampai keutara tanah air .Gema Najib cuma diPahang,dan Muhyadin cuma diJohor. Entah-entah keBagan Pinang pun tak sampai kerana pengaruh Isa Samad sebagai mantan Naib Presiden UMNO masih kuat dan utuh dan tak boleh digoyah oleh mana-mana pihak, termasuk lah Najib dan Muhyaddin sendiri. Akar umbi UMNO memang suka kepada politik wang, sebab itu mereka sokong Isa Samad. UMNO politik cari makan ,kalau tak gerakkan politik wang maka tak makan. Mana ada orang seperti Isa Samad yang sanggup membelanjakan wang untuk mendapat pengaruh politik. Isa Samad sudah ada orang dia diakar umbi dan pengaruhnya itu tak mungkin dapat digugat. Kalau nak ambil orang lain sebagai calun, boleh, tapi kena tabik kepadanya dulu. Mungkin orang lain tak sanggup untuk jadi calun ,sebab terpaksa memegang tugas berat untuk memenangkan BN ,dalam keadaan dimana BN kalah 7-1 kepada PR...
TARIAN PENDEK
Wartawan Indon tidak mahu menerima penjelasan Malaysia sebab mereka itu sengket dan pokai, wartawan cari makan, kalau tak tulis berita sensasi mereka tak dapat makan. Soal kerjasama, soal hurmat menghurmati, soal menjaga hubungan dua hala, itu tugas pemerintah dan telah dijaga dengan elok. Soal pekerja Indon yang bekerja di Malaysia, pandai-pandailah menjaga diri, sebab semasa datang keMalaysia, mereka itu papa kedana dan bila pulang ke Indon mereka jadi kaya raya dan jutawan segera dan dilayan oleh sanak saudara seperti raja. Bayangkan amah mak Indun dibayar gaji sekurang-kurangnya RM300 dan besamaan dengan Rupiah 1 juta (bersih). Kalau bekerja diMalaysia selama 2 tahun dia akan dapat pendapatan bersih sebanyak Rupiah 24 juta. Pedili apa pada berita sensasi kerana mereka tahu rakyat Malaysia baik-baik dan bersopan santun dan menjaga mereka dengan baik.
Saturday, September 5, 2009
PEMBINAAN KUIL DITANGGUHKAN
MB Selangor terpaksa akur kepada kehendak penduduk dan menangguhkan pembinaan sementara mencari tempat yang baru. Ini perlu untuk mengelakkan sentimen kaum yang kian mendadak dan untuk mengelakkan pergaduhan kaum yang mungkin akan berlaku akibat dari peritiwa kepala lembu. Setiap kaum perlu bertolak ansur kerana Malaysia memang membenarkan kebebasan berugama. Setiap orang dibenarkan melaksanakan upacara ugamanya walaupun mengganggu orang lain. Dalam hal pembinaan kuil ini perlulah dicari tempat yang sesuai yang dipersetujui oleh semua pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
