Isa Samad berjaya memenangi hati pengundi.
UMNO kalah dalam memerangi politik wang.
Orang Bagan Pinang menunjukkan simpati kepada Isa yang mereka sayangi yang pada masa sekarang mungkin telah sepatutnya menjadi TPM, kalau tidak ada orang yang telah menjatuhkannya dengan politik wang.
Saturday, October 24, 2009
Thursday, October 1, 2009
GEMPA DIPADANG INDONESIA
Setelah dituduh sebagai Maling atau pencuri hasil budaya Indonesia, rakyat Malaysia tampil kedepan mendahului orang lain membantu mangsa-mangsa gempa bumi . Itulah budaya orang Malingsia yang patut dicuri oleh orang Indonesia. Orang Malingsia juga mempunyai budaya melancong dan membeli belah dan melabur di Indonesia.
CALUN BN ISA SAMAD
Isa Samad diterma sebagai calun BN N31 Bagan Pinang.Dia sebagai Ketua Bahagian Teluk Kemang dan penduduk setempat Bagan Pinang memanglah orang yang paling layak untuk memikul tanggung jawab untuk memenangkan BN. Semua orang terkedu termasuk Tun Mahadzir Mohamad. Memanglah dia yang dinanti-nanti oleh penduduk setempat, orang lain apa tahu. Penduduk setempat lebih mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak benar, yang mana yang tulin dan yang mana yang palsu. Tak kanlah adik beradik dan sahabat handai dia sanggup melihat dia kecundang. Tak kanlah budi dan wang ringgit yang telah ditabur selama ini tidak dikenang dan dihargai sejak berpuluh tahun yang lalu, dan malah dia sebagai MB telah banyak berjasa kepada mereka.
Politik wang, itu darah daging orang politik. Kalau tak ada wang ,siapa mahu buat kerja, lebih baik duduk dirumah dan buat kerja masing. Politik wang itu nadi penggerak politik. Politik cari makan, kalau tak bergerak tak makan. Kalau dulu-dulu politik perjuangan, sanggup berkurban apa sahaja ,wang ringgit dan harta benda, masa dan juga tenaga, demi menegakkan sebuah perjuangan. Tetapi sekarang manalah ada itu semua. Yang ada cumalah perjuangan untuk mencari sesuap nasi, perjuangan periok nasi.

Subscribe to:
Posts (Atom)