Friday, October 29, 2010

PERJUNNGAN MELAYU DALAM 1MALAYSIA

1Malaysia menuntut asilamasi kaum dalam jangka panjang supaya menjadi satu rumpun Malaysia sahaja yang bertunjangkan rumpun Melayu, Bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu.
Untuk mencapai asilamasi yang lebih cepat ia patut dilakukan dari semenjak kanak-kanak , kerana membentuk buluh biarlah dari rebung.
Percampuran kaum patut bermula dari tadika lagi, dan seterusnya kesekolah dan akhirnya kepusat pengajian tinggi. Biarlah kanak-kanak belajar semua bahasa secara asas. Semua jenis sekolah patut dihapuskan, yang ada cumalah Sekolah Rendah Malaysia, Sekolah Menengah Malaysia dan Universiti Malaysia.
Apabila kanak-kanak ini menjadi dewasa mereka akan menjadi orang Malaysia, boleh faham semua bahasa, boleh terima semua budaya dan bertolerensi kepada semua agama.
Orang Melayu menuntut semua perkara diMelayukan dan menjadi 1Malaysia.

Tuesday, October 26, 2010

UMNO TERAS PERJUANGAN MELAYU

UMNO telah berjaya menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
UMNO telah berjaya memikat orang Melayu untuk menyokongnya untuk memerintah Tanah Melayu sehingga terbentuknya Malaysia dan terus memerintah sehingga kehari ini.
UMNO adalah tulang belakang kepada Parti Perikatan dan sekarang Barisan Nasional.
Pada masa sekarang UMNO masih utuh dan kukuh dengan semangat perjuangan Melayu. Semangat Melayu sentiasa disuntik dan dipupuk supaya tidak luntur ditelan zaman.
"Tak kan Melayu hilang didunia" itu kata-kata Laksemana Hang Tuah sebagai kata-kata hikmat.
Patah sayap bertungkat paruh, namun perjuangan mesti diteruskan.
Walau apa cara sekali pun UMNO mesti menang pilihanraya.
Biar jatuh tulang berkecai perjuangan mesti diteruskan.

PAS kata dia pun parti yang menjadi tunggak orang Melayu kerana orang Melayu yang beragama Islam yang menjadi ahli partinya.

PEKASA juga menjadi tunggak perjuangan Melayu kerana ramai orang Melayu menjadi ahlinya.

Pekeda juga menuntut menjadi tunggak perjuangan Melayu.

HAK MELAYU DIBUMI MELAYU

Apa yang dituntut oleh orang Melayu dari semenjak sebelum merdeka dan sampai kepada perjanjian pembentukan Kerajaan yang merdeka telah tertulis dalam Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Kerajaan Negeri-negeri diMalaysia.
Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu adalah lambang ketuanan Melayu yang tak boleh digugat ole mana parti yang memerintah ,walaupun dengan 2/3 majoriti.
Semua perkara-perkara yang perlu dipertahan termasuk Hak Istimewa orang Melayu telah dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia melalui Majlis Raja-raja.
Bahasa Melayu Kepulaun Riau adalah Bahasa Kebangsaan Malaysia dan bahasa-bahasa lain boleh dituturkan diajarkan.
Agama Islam adalah agama Rasmi dan boleh disebarkan tetapi agama lain juga boleh dipraktiskan dengan aman tanpa mengganggu penganut-penganut agama lain.
Tanah Simpanan Melayu diperuntukan untuk Melayu sahaja demi menjaga harta tak alih, dan tak boleh kurang dari 50% dari tanah-tanah yang ada. Tanah-tanah Hutan Simpan tak boleh dibuka melainkan untuk projek-projek yang dikhaskan untuk orang Melayu seperti Felda dan Felcra.
Banyak lagi perkara-perkara yang diperuntukkan untuk orang Melaya sebanyak 30%, dan selebihnya terpulang kepada pasaran terbuka.
Bagitu juga pelbagai permit dan kontrek yang diperuntukkan qota Melayu.
Oleh itu orang Melayu tak perlu membuat bising ,pandai makan pandai simpan ,jangan beritahu orang lain.