Tuesday, October 26, 2010

HAK MELAYU DIBUMI MELAYU

Apa yang dituntut oleh orang Melayu dari semenjak sebelum merdeka dan sampai kepada perjanjian pembentukan Kerajaan yang merdeka telah tertulis dalam Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Kerajaan Negeri-negeri diMalaysia.
Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu adalah lambang ketuanan Melayu yang tak boleh digugat ole mana parti yang memerintah ,walaupun dengan 2/3 majoriti.
Semua perkara-perkara yang perlu dipertahan termasuk Hak Istimewa orang Melayu telah dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia melalui Majlis Raja-raja.
Bahasa Melayu Kepulaun Riau adalah Bahasa Kebangsaan Malaysia dan bahasa-bahasa lain boleh dituturkan diajarkan.
Agama Islam adalah agama Rasmi dan boleh disebarkan tetapi agama lain juga boleh dipraktiskan dengan aman tanpa mengganggu penganut-penganut agama lain.
Tanah Simpanan Melayu diperuntukan untuk Melayu sahaja demi menjaga harta tak alih, dan tak boleh kurang dari 50% dari tanah-tanah yang ada. Tanah-tanah Hutan Simpan tak boleh dibuka melainkan untuk projek-projek yang dikhaskan untuk orang Melayu seperti Felda dan Felcra.
Banyak lagi perkara-perkara yang diperuntukkan untuk orang Melaya sebanyak 30%, dan selebihnya terpulang kepada pasaran terbuka.
Bagitu juga pelbagai permit dan kontrek yang diperuntukkan qota Melayu.
Oleh itu orang Melayu tak perlu membuat bising ,pandai makan pandai simpan ,jangan beritahu orang lain.

No comments: