Tuesday, October 26, 2010

UMNO TERAS PERJUANGAN MELAYU

UMNO telah berjaya menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
UMNO telah berjaya memikat orang Melayu untuk menyokongnya untuk memerintah Tanah Melayu sehingga terbentuknya Malaysia dan terus memerintah sehingga kehari ini.
UMNO adalah tulang belakang kepada Parti Perikatan dan sekarang Barisan Nasional.
Pada masa sekarang UMNO masih utuh dan kukuh dengan semangat perjuangan Melayu. Semangat Melayu sentiasa disuntik dan dipupuk supaya tidak luntur ditelan zaman.
"Tak kan Melayu hilang didunia" itu kata-kata Laksemana Hang Tuah sebagai kata-kata hikmat.
Patah sayap bertungkat paruh, namun perjuangan mesti diteruskan.
Walau apa cara sekali pun UMNO mesti menang pilihanraya.
Biar jatuh tulang berkecai perjuangan mesti diteruskan.

PAS kata dia pun parti yang menjadi tunggak orang Melayu kerana orang Melayu yang beragama Islam yang menjadi ahli partinya.

PEKASA juga menjadi tunggak perjuangan Melayu kerana ramai orang Melayu menjadi ahlinya.

Pekeda juga menuntut menjadi tunggak perjuangan Melayu.

No comments: