Sunday, September 20, 2009
NAJIB DAN MAHYUDIN TIADA GEMA
Najib dan Mahyudin tiada bergema keseluruh negara. Gema mereka tak sampai keutara tanah air .Gema Najib cuma diPahang,dan Muhyadin cuma diJohor. Entah-entah keBagan Pinang pun tak sampai kerana pengaruh Isa Samad sebagai mantan Naib Presiden UMNO masih kuat dan utuh dan tak boleh digoyah oleh mana-mana pihak, termasuk lah Najib dan Muhyaddin sendiri. Akar umbi UMNO memang suka kepada politik wang, sebab itu mereka sokong Isa Samad. UMNO politik cari makan ,kalau tak gerakkan politik wang maka tak makan. Mana ada orang seperti Isa Samad yang sanggup membelanjakan wang untuk mendapat pengaruh politik. Isa Samad sudah ada orang dia diakar umbi dan pengaruhnya itu tak mungkin dapat digugat. Kalau nak ambil orang lain sebagai calun, boleh, tapi kena tabik kepadanya dulu. Mungkin orang lain tak sanggup untuk jadi calun ,sebab terpaksa memegang tugas berat untuk memenangkan BN ,dalam keadaan dimana BN kalah 7-1 kepada PR...
TARIAN PENDEK
Wartawan Indon tidak mahu menerima penjelasan Malaysia sebab mereka itu sengket dan pokai, wartawan cari makan, kalau tak tulis berita sensasi mereka tak dapat makan. Soal kerjasama, soal hurmat menghurmati, soal menjaga hubungan dua hala, itu tugas pemerintah dan telah dijaga dengan elok. Soal pekerja Indon yang bekerja di Malaysia, pandai-pandailah menjaga diri, sebab semasa datang keMalaysia, mereka itu papa kedana dan bila pulang ke Indon mereka jadi kaya raya dan jutawan segera dan dilayan oleh sanak saudara seperti raja. Bayangkan amah mak Indun dibayar gaji sekurang-kurangnya RM300 dan besamaan dengan Rupiah 1 juta (bersih). Kalau bekerja diMalaysia selama 2 tahun dia akan dapat pendapatan bersih sebanyak Rupiah 24 juta. Pedili apa pada berita sensasi kerana mereka tahu rakyat Malaysia baik-baik dan bersopan santun dan menjaga mereka dengan baik.
Saturday, September 5, 2009
PEMBINAAN KUIL DITANGGUHKAN
MB Selangor terpaksa akur kepada kehendak penduduk dan menangguhkan pembinaan sementara mencari tempat yang baru. Ini perlu untuk mengelakkan sentimen kaum yang kian mendadak dan untuk mengelakkan pergaduhan kaum yang mungkin akan berlaku akibat dari peritiwa kepala lembu. Setiap kaum perlu bertolak ansur kerana Malaysia memang membenarkan kebebasan berugama. Setiap orang dibenarkan melaksanakan upacara ugamanya walaupun mengganggu orang lain. Dalam hal pembinaan kuil ini perlulah dicari tempat yang sesuai yang dipersetujui oleh semua pihak.
Friday, September 4, 2009
KENAPA ORANG SOKONG PAS
Saya tanya seorang kawan kenapa dia sokong Pas sedangkan isterinya aktivis UMNO. Dia kata dia sokong Pas sebab Pas nak buat Islam . Dia sokong sebab dia orang Islam dan yakin dengan ugama Islam. Dia tidak boleh mengatakan tidak kepada seruan Islam. Dia tak boleh mengambil cuma sebahagian sahaja dari Islam tetapi mengambil keseluruhannya sebagai satu jalan hidup. Tiap-tiap hari dia muhasabah diri dan menghitung setiap kebaikan dan amalan yang dilakukan pada hari itu ,termasuklak beri makan kucingyang berkeliaran diluar rumah.Dia akan berdoa bersandarkan kepada kebaikan yang ia lakukan. "Ya Allah ya tuhan ku kalaulah beri makan kucing itu satu kebaikan maka Engkau berilah padaku........"
Saya tanya lagi adakah ia menjadi ahli Pas . Dia kata dia tak mahu jadi ahli dan tak mahu apa-apa jawatan. Dia cuma menjadi penyakong setia Pas dan mengikuti perkembangan Pas dari masa kesemasa dan membincangkan isu-isu dikedai kopi sahaja.

KENAPA ORANG SOKONG UMNO
Saya tanya seorang kawan kenapa dia sokong UMNO. Dia orang UMNO dari dulu dan dia tak suka parti lain buat kacau. Dia orang susah, kalau UMNO tak tolong macam mana nak hidup. Dia perlukan bantuan seperti rumah PPRT, bantuan perniagaan, projek, kemudahan awam dan lain-lain, termasuk duit raya dari wakil rakyat.
PILIHANRAYA KECIL BAKAL DIADAKAN DI N31 DUN BAGAN PINANG N. SEMBILAN
5 SEBAB MENGAPA BN AKAN KALAH
1.Kes kepala lembu
2.Perpecahan MCA
3.Perpecahan MIC
4.Pas bertambah kuat- calunnya yang dikatakan menderhaka pun masih diterima rakyat.
5.PKR bertambah kuat- calun yang ditaja oleh parti yang krtuanya dikatakan penghianat bangsa pun masih diterma oleh rakyat.

Wednesday, September 2, 2009
DUN PERAK BERSIDANG LAGI
Tujuan persidangan ini, yang V. Sivakumar sebagai speakernya, ada lah untuk membubarkan DUN Perak.
Selepas ini akan ada pula pesidangan yang speakernya M. Ganesan yang tujuannya untuk meluluskan peruntukan atau Budget 2010. Kalau budget ini tidak diluluskan Kerajaan Perak tak akan dapat membelanjakan apa-apa pada tahun depan termasuklan tak dapat membayar gaji Menteri Besar.

HUKUMAN KEATAS ORANG ISLAM YANG MINUM ARAK DIHALAYAK RAMAI
Hukumannya ialah denda dan enam sebatan rotan. Saya sebagai orang jahil mencari-cari didalam Al-Quran dan Al- Hadiths tetapi tetapi tak jumpa. Tetapi yang menghairankan kenapa celebraty yang secantik ini yang kena. Kenapa tidak laki-laki ,kaki samseng dan penagih arak itu yang kena.
Janganlah pegawai penguatkuasa double standard, takut pada samseng-samseng, dan berani pada yang lemah.
Syabas kepada tuan hakim kerana dapat membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh belas kasihan. Hakim yang betul macam bendul.
Kasihan kepada orang-orang yang dipengaruhi oleh belas kasihan yang hampir-hampir membelakangkan agama, seperti Najib Razak yang kasihan kepada celebrety yang cantik molek.

KISAH KEPALA LEMBU
Kes pembinaan kuil, bukan orang Islam yang melenting kerana mereka sanggup terima tolerensi beragama, tetapi dia didalangi oleh parti pembangkang Selangor dalam agenda untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Selangor. Tetapi segala perbuatan itu berbalik kepada diri sendiri dengan sentimen perkauman dan merosakkan slogan 1Malaysia yang bermatlamat menyatu-padukan seluruh rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)