Saya tanya seorang kawan kenapa dia sokong Pas sedangkan isterinya aktivis UMNO. Dia kata dia sokong Pas sebab Pas nak buat Islam . Dia sokong sebab dia orang Islam dan yakin dengan ugama Islam. Dia tidak boleh mengatakan tidak kepada seruan Islam. Dia tak boleh mengambil cuma sebahagian sahaja dari Islam tetapi mengambil keseluruhannya sebagai satu jalan hidup. Tiap-tiap hari dia muhasabah diri dan menghitung setiap kebaikan dan amalan yang dilakukan pada hari itu ,termasuklak beri makan kucingyang berkeliaran diluar rumah.Dia akan berdoa bersandarkan kepada kebaikan yang ia lakukan. "Ya Allah ya tuhan ku kalaulah beri makan kucing itu satu kebaikan maka Engkau berilah padaku........"
Saya tanya lagi adakah ia menjadi ahli Pas . Dia kata dia tak mahu jadi ahli dan tak mahu apa-apa jawatan. Dia cuma menjadi penyakong setia Pas dan mengikuti perkembangan Pas dari masa kesemasa dan membincangkan isu-isu dikedai kopi sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment