Thursday, October 1, 2009

CALUN BN ISA SAMAD

Isa Samad diterma sebagai calun BN N31 Bagan Pinang.Dia sebagai Ketua Bahagian Teluk Kemang dan penduduk setempat Bagan Pinang memanglah orang yang paling layak untuk memikul tanggung jawab untuk memenangkan BN. Semua orang terkedu termasuk Tun Mahadzir Mohamad. Memanglah dia yang dinanti-nanti oleh penduduk setempat, orang lain apa tahu. Penduduk setempat lebih mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak benar, yang mana yang tulin dan yang mana yang palsu. Tak kanlah adik beradik dan sahabat handai dia sanggup melihat dia kecundang. Tak kanlah budi dan wang ringgit yang telah ditabur selama ini tidak dikenang dan dihargai sejak berpuluh tahun yang lalu, dan malah dia sebagai MB telah banyak berjasa kepada mereka.

Politik wang, itu darah daging orang politik. Kalau tak ada wang ,siapa mahu buat kerja, lebih baik duduk dirumah dan buat kerja masing. Politik wang itu nadi penggerak politik. Politik cari makan, kalau tak bergerak tak makan. Kalau dulu-dulu politik perjuangan, sanggup berkurban apa sahaja ,wang ringgit dan harta benda, masa dan juga tenaga, demi menegakkan sebuah perjuangan. Tetapi sekarang manalah ada itu semua. Yang ada cumalah perjuangan untuk mencari sesuap nasi, perjuangan periok nasi.

No comments: